Usahawan Sukses – Semakin Takut, Semakin Lingkup
“Saya minat untuk berniaga, tetapi saya takut
kepada risiko.”
Dialog ini biasa
disebut-sebut oleh golongan bakal usahawan yang mempunyai minat untuk menceburi
bidang perniagaan. Risiko adalah satu daripada tekanan yang dapat membuatkan
bakal usahawan mengangkat bendera putih sebelum bermula.
Menurut jurulatih
kejayaan dan penulis buku Secrets of Millionaire Mind, T. Harv
Eker,
“Setiap individu kaya dan berjaya mempunyai
ketakutan. Namun apa yang membezakan diri mereka dengan orang lain adalah,
mereka tidak membiarkan perasaan takut itu menguasai diri mereka.”
Kenyataan ini ada
kebenarannya. Setiap manusia dikurniakan dengan pelbagai jenis perasaan,
termasuk perasaan takut untuk melakukan sesuatu. Namun begitu, terdapat teknik
yang dapat mendorong kita untuk bertindak dan memusnahkan perasaan takut.
3 Resepi Ghaibkan Rasa Takut
#1 – Tolak Rakan Negatif
Ke Tepi
Tip yang pertama adalah berkawan
dengan golongan usahawan. Rakan-rakan usahawan ini dapat membantu kita dari
segi perkongsian ilmu perniagaan yang dapat melenyapkan satu demi satu
kekeliruan dan ketakutan untuk memulakan perniagaan.
Menurut pakar psikologi,
manusia mempunyai perasaan takut kerana mereka memperoleh jawapan bagi masalah
yang dihadapi. Justeru itu, apabila berjumpa dengan golongan usahawan, sediakan
soalan-soalan yang dapat membantu menyelesaikan masalah kita.
#2 – Terima Kasih Kerana
Berkongsi
Ini adalah teknik untuk
menjinakkan minda apabila diselebungi oleh perasaan takut. Dalam seminar
anjuran T. Harv Eker, beliau menggunakan pendekatan tame the cobra.
Tekniknya adalah seperti
berikut:
“Apabila minda kita berkata, ‘Saya tidak
boleh’, terus beritahu kepada minda, ‘Terima kasih kerana berkongsi.’ Kemudian
terus bertindak. Kita akan perasan minda negatif ghaib serta merta.”
#3 – Sumbat Diri Ke Dalam
Majlis Ilmu
“Semakin banyak kita belajar ilmu perniagaan,
semakin besar potensi kita untuk menjadi usahawan berjaya.” – Azizan Osman.
Ilmu adalah jalan
penyelesaian berkesan untuk memusnahkan perasaan takut melakukan perniagaan.
Untuk menuntut ilmu, terdapat beberapa prinsip penting supaya kita dapat serap
ilmu yang berkualiti sahaja.
1.
Kenali
pakar dalam bidang perniagaan – Pakar bermaksud mereka yang sudah berjaya membangunkan
perniagaan.
2.
Bayar,
bukan percuma – Menyertainya
majlis ilmu secara percuma merendahkan momentum kita untuk belajar selepas
menuntut ilmu.
3.
Catat
dan buat – Catat
segala maklumat penting berkaitan dengan ilmu yang dikongsikan. Nota catatan
itu dapat membunuh ketakutan dalam minda kita untuk memulakan perniagaan.
Kredit to majalahniaga.com
Comments
Post a Comment