Berbisnes cara Fahrin Ahmad - Pelakon / Usahawan
Fahrin Ahmad adalah
pelakon yang tidak pernah memenangi anugerah pelakon terbaik,
pelakon paling popular dan tiada satu filemnya pun yang meletup.
Beliau adalah artis yang fokus
kepada reputasi, bukan populariti.
Reputasi beliau
menyebabkan dirinya mendapat tajaan daripada syarikat-syarikat besar seperti
Celcom, Uniqlo, Garnier MEN, Shell dan yang terbaru ialah Ali Cafe. Ini adalah
maklumat yang diperoleh daripada Majalah Rezeki bulan Jun 2012.
Belajar Bisnes Cara Fahrin Ahmad
Dalam perniagaan,
pentingnya adaptasi. Adaptasi bermaksud kita menggunakan idea-idea daripada
keadaan sekeliling, untuk dimuatkan dalam perniagaan kita. Cara ini menampakkan
perniagaan kita sentiasa segar dan berinovasi.
Daripada perkongsian
temuramah yang dilakukan oleh tim Majalah Rezeki bersama Fahrin Ahmad, terdapat 7
tip perniagaan yang jelas boleh digunakan oleh setiap usahawan.
#1 – Beri Masa 3 Bulan
“Beri saya masa tiga bulan.”
Kata-kata ini diluahkan
oleh Fahrin Ahmad supaya dapat memujuk ibunya untuk menerima kerjaya beliau
dalam bidang lakonan. Dengan menetapkan tarikh spesifik, beliau berjaya
mencipta banyak kejayaan besar dalam masa yang singkat.
Fahrin Ahmad juga
menjadikan 3 bulan ini sebagai lonjakan tekanan yang positif. Di
mana setiap hari tarikh ini menjadi pencetus semangat dan inspirasi, supaya
beliau dapat membuktikan kepada ibunya.
#2 – Reputasi Adalah Duit
Masuk
Fahrin Ahmad tidak
popular seperti artis-artis lain. Bahkan beberapa kali sahaja kita boleh lihat
beliau muncul ruangan artis-artis menerusi akhbar, majalah atau blog hiburan.
Populariti bukan jaminan
untuk menarik lebih banyak duit. Wang masuk adalah reputasi. Fahrin Ahmad
begitu menjaga nilai dirinya di hadapan khalayak ramai dan
juga media.
Beliau percaya, reputasi
adalah wang masuk. Perniagaan yang popular bukan jaminan perniagaan itu buat
banyak duit.
Manakala perniagaan yang
mempunyai reputasi terhadap klien-klien tertentu adalah salah satu faktor
mengapa perniagaan itu mempunyai aliran tunai yang masuk lebih
banyak.
#3 – Popular Bukan
Gambaran Kredibel
Artis popular boleh
datang dari pelbagai sudut populariti. Antara yang jelas adalah kontroversi.
Kontroversi yang tidak baik bukan gambaran si artis itu berkredibel. Ia
memusnahkan nilai artis itu sendiri.
Perniagaan mempunyai
prinsip yang sama. Kredibiliti perniagaan lebih penting untukmemastikan
pelanggan suka untuk berurusan dengan bisnes kita.
Antara cara meningkatkan
kredibiliti dalam perniagaan, adalah menerusi hubungan yang baik dengan
pelanggan.
#4 – Imej Adalah Jenama
Apala sebut nama Fahrin
Ahmad, imej yang dibawanya cukup mudah diingati orang ramai. Gayanya yang
sentiasa mengenakan pakaian yang segak dan bergaya, serta tidak lokek dengan
senyuman, itu yang menjadikan imejnya bernilai tinggi.
Dari sudut bisnes, imej
yang baik adalah jenama yang berkuasa. Lihat bagaimana Apple mementingkan
penampilan visualnya. Mereka melaburkan jutaan ringgit, semata-mata untuk
menghasilkan produk yang mempunyai imej luar biasa.
Paparan imej yang baik
dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan. Kepercayaan ini bertukar menjadi wang
besar dalam perniagaan.
#5 – Jujur Itu Emas
Berharga
“Apa sahaja yang
dipaparkan secara jujur di dalam media, atau apabila berjumpa dengan orang,
perkara yang baik akan datang kepada kita.”
Bagi Fahrin Ahmad,
kejujuran itu adalah kredibiliti. Penaja yang datang kepada beliau melihat
nilai dirinya secara keseluruhan. Walaupun beliau tidak popular, syarikat besar
seperti Uniqlo dan Celcom masih tetap mahu menjadikan beliau ikon.
#6 – Jadi Bisnesman Sihat
Aktiviti waktu petang
Fahrin Ahmad melibatkan aktiviti yang menyihatkan badan. Oleh sebab itu tubuh
badannya sasa, sentiasa ceria dan bertenaga sepanjang hari.
Antara amalan-amalan yang
boleh diambil oleh orang bisnes, berdasarkan aktiviti waktu petang Fahrin Ahmad
adalah seperti berikut:
1.
Bersenam.
2.
Perkasakan
otot badan di gimnasium.
3.
Berlari
di sekitar kawasan rumah.
#7 – Fokus Aktiviti Utama
Bisnes
Fokus adalah tindakan
penting untuk memajukan perniagaan. Dalam dunia selebriti Fahrin
Ahmad, fokus utama beliau adalah pengambaran. Aktiviti ini yang akan memberikan
aliran tunai terhadap kerjayanya.
Setiap perniagaan ada aktiviti
utama setiap hari. Sebagai contoh, aktiviti utama perniagaan berasaskan
penerbitan adalah menerbit artikel baru setiap hari.
Manakala aktiviti utama
perniagaan tudung adalah memberitahu kewujudan produk tudungnya, kepada
golongan wanita di Malaysia.
Pilih satu aktiviti utama
bisnes. Letakkan fokus dan
jadikan ia sebagai aktiviti wajib setiap hari.
Comments
Post a Comment