Ella bakal melancarkan koleksi shawl dibawah jenama Inai by Ella.
Ella atau Norzila Aminudin, 51, dia tidak berkecil hati dengan kritikan tersebut kerana masih lagi mencari gaya sesuai dengan imejnya sejak mengambil keputusan menutup aurat sejak Ramadan tahun lalu.
"Sejak saya berhijab peminat ada yang memberi makluman positif dan ada juga yang memberi maklum balas negatif tentang gaya saya memakai tudung.
ELLA masih mencari style yg bersesuaian dengannya ganjaran 5k
"Saya ambil semua teguran sama
ada positif dan negatif daripada peminat kerana ia banyak membantu.
"Jujurnya saya sendiri tidak
tahu gaya apa yang sesuai dengan saya dan masih lagi tercari-cari stail
kena dengan imej saya," katanya kepada mStar Online.
"Saya menganggarkan setiap kategori kami akan menerima 50
lakaran baru sebelum memilih pemenang setiap kategori yang menepati
kriteria iaitu menarik, unik dan asli," ujarnya.
Tambah Ella lagi, pencarian rekaan
itu juga merupakan sebahagian daripada publisiti untuk pelancaran
koleksi terbaharu shawl dibawah jenamanya iaitu Inai by Ella pada Mac
depan.
Pengarah projek berkenaan, Baini
Jaafar pula memberitahu, rekaan pemenang yang terpilih bukan sahaja
akan dipakai oleh Ella tetapi juga akan dikeluarkan dibawah label Inai by
Ella.
Jelas Baini lagi, pemenang akan
menerima hadiah terkumpul sebanyak RM5,000 sebagai ganjaran.
"Apa yang perlu mereka memuat
naik foto atau imej imbasan rekaan mreka di profail Facebook atau
Instagram bersama hastag @inaibyella, @ellaaminuddin #InaibyElla
#EllaCariDesignerShawl dan #RatuRockElla.
"Mereka juga perlu hantar karya
itu dalam format JPEG atau PDF ke emel urusetia iaitu
admin@rockqueen.com.my dengan butiran peribadi sebagai bukti penyertaan.
"Markah bonus akan diberi kepada
rekaan yang mendapat tanda 'suka' dan kongsi paling banyak di laman sosial
masing-masing," jelasnya.
Untuk keterangan lanjut
berhubung Ella Rasa...Ella Nak Cari Designer Shawl boleh
menghantar mesej atau Whatsapp di talian 012-779 1277.
source: Read more at
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/02/14/ella-reka-tudung/#OdlEMbHlDScIOh9P.99
Comments
Post a Comment