5 Sebab Facebook Syurga Para Usahawan
kebanyakan usahawan sudah
sedia maklum, ketika ini Facebook adalah medium galian pelanggan terhangat di
Internet. Medium ini tidak mengenal pengalaman peniaga. Ada yang baru sahaja
menceburi bidang perniagaan dalam masa kurang 2 bulan, sudah berjaya menjual 4
angka dengan hanya menjual sabun.
Topik kali ini menjurus
kepada sebab Facebook menjadi pilihan para usahawan. Bukan
sahaja untuk usahawan yang baru bertapak, malah bisnes bertaraf global seperti
AirAsia, Starbucks, McDonald, Pizza Hut dan pelbagai lagi juga menaruh harapan
menerusi laman sosial ini.
Pertama, RM800 Juta Ringgit Dalam Tangan
Ini adalah satu kiraan
mudah. Jangan terlalu teruja.
Mengikut data yang
dibekalkan oleh Social Bakers, Facebook kini mempunyai jumlah anggaran pengguna
sekitar 800 juta orang. Ini bermakna, jika kita boleh menjual produk berharga
RM1 kepada semua 800 juta pengguna, untung kita adalah RM800 juta.
Bunyinya seperti
mustahil. Namun mesej yang ingin ditekankan di sini adalah potensi laman
web Facebook yang tiada sempadan.
Kita boleh luaskan
empayar perniagaan dengan hanya menggunakan Facebook.
Kedua, Mudah Diuruskan
Bagi pengguna Facebook
tegar, ini adalah kelebihan bagi mereka. Pengurusan perniagaan di
Facebook adalah mudah. Antara tugasan peniaga Facebook setiap hari
adalah:
1.
Login
Facebook.
2.
Berkongsi
maklumat produk atau servis.
3.
Semak
jika ada sebarang tempahan.
4.
Uruskan
tempahan pelanggan.
5.
Senyum
sebab duit masuk, kemudian hantar barang.
Sistem yang dibekalkan
oleh pihak Facebook kepada usahawan tidak kompleks. Sesiapa sahaja boleh
memulakan perniagaan di laman sosial ini. Bahkan, ia tidak memerlukan sebarang
pengetahuan berbentuk teknikal yang mendalam untuk mengendalikannya.
Ketiga, Iklan Berkos Rendah
“Pengiklanan di Facebook adalah medium
pengiklanan berkos rendah dan memberikan pulangan yang tinggi.” – Social Media
Examiner.
Bajet minimum untuk pengiklanan
konvensional adalah sekitar RM5,000. Berita buruknya, tiada sebarang
jaminan pulangannya adalah cukup-cukup makan atau lebih. Buruk padahnya jika
tersilap langkah.
Dengan pengiklanan
Facebook, semua trauma untuk beriklan boleh letak ke tepi. Kos pengiklanan di
Facebook hanya memerlukan bajet serendah RM5. Ia bergantung pada
strategi kempen kita.
Untuk bajet serendah RM5,
kita sudah boleh menwar-warkan perniagaan kita kepada 800 juta orang pengguna.
Keempat, Senang Mahu Tiru Kempen Berjaya
“Untuk cepat berjaya, belajar daripada orang
yang sudah berjaya melakukannya.” – Anthony Robbins.
Jangan takut untuk
memikirkan jenis-jenis strategi yang dapat memberikan kesan maksimum terhadap
kempen pemasaran Facebook. Kerana kita boleh tiru kempen-kempen
pemasaranyang dilakukan oleh syarikat lain.
Lebih menarik, terdapat
puluhan idea kempen pemasaran yang boleh disedut berdasarkan kajian secara
kasar. Contohnya:
·
Mengadakan
pertandingan.
·
Berkongsi
video tentang cara menggunakan produk.
·
Melakukan
kempen viral seperti “Siapa komen dia layak menang.”
Kelima, Cepat Dapat Masuk Minda Pelanggan
Dengan Facebook, kita
berkeupayaan untuk menjimatkan kos penyelidikan yang berkaitan dengan memenuhi
permintaan pelanggan. Daripada membayar golongan individu untuk mengedarkan
borang survey di pusat membeli belah, ada baiknya menggunakan Facebook bagi
menggantikan aktiviti itu.
Apa yang perlu kita
lakukan adalah:
·
Guna
Facebook Pages bisnes.
·
Ajukan
soalan yang dapat mendorong pengguna Facebook lain untuk berkomunikasi.
·
Beri
insentif untuk menghargai mereka.
·
Jadikan
setiap jawapan itu sebagai bahan penyeledikan untuk memenuhi keperluan
pelanggan di masa akan datang.
Kredit to majalaniaga.com
Comments
Post a Comment