kebanyakan usahawan sudah sedia maklum, ketika ini Facebook adalah medium galian pelanggan terhangat di Internet. Medium ini tidak mengenal pengalaman peniaga. Ada yang baru sahaja menceburi bidang perniagaan dalam masa kurang 2 bulan, sudah berjaya menjual 4 angka dengan hanya menjual sabun. Topik kali ini menjurus kepada sebab Facebook menjadi pilihan para usahawan. Bukan sahaja untuk usahawan yang baru bertapak, malah bisnes bertaraf global seperti AirAsia, Starbucks, McDonald, Pizza Hut dan pelbagai lagi juga menaruh harapan menerusi laman sosial ini. Pertama, RM800 Juta Ringgit Dalam Tangan Ini adalah satu kiraan mudah. Jangan terlalu teruja. Mengikut data yang dibekalkan oleh Social Bakers, Facebook kini mempunyai jumlah anggaran pengguna sekitar 800 juta orang. Ini bermakna, jika kita boleh menjual produk berharga RM1 kepada semua 800 juta pengguna, untung kita adalah RM800 juta. Bunyinya seperti mustahil. Namun mesej yang ingin ditekankan di sini adalah po...