Posts

15 Cara Ini Mampu Mencegah Jerawat Jika Diamalkan Selalu. Salah Satunya Adalah Dengan Kurangkan Penggunaan Makeup

Jerawat merupakan salah satu masalah kulit yang sering dialami oleh setiap individu tidak kira lelaki ataupun wanita. Setiap wanita mahukan kulit wajah yang putih, bersih dan mulus. Jerawat terdiri daripada pelbagai jenis iaitu papula, pustule, jerawat pasir dan jerawat batu. Jangan bimbang kerana jerawat sebenarnya boleh dicegah. Yang penting, anda perlu rajin. 1. Hindari daripada meletakkan tangan pada wajah 2. Bersihkan wajah secara rutin, dalam dua kali sehari 3. Minum air mineral secukupnya. Sekurang-kurangnya 2 liter sehari 4. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi minyak 5. Hindari stress 6. Dapatkan tidur yang cukup 7. Kurangkan pengambilan kekacang 8. Elakkan wajah daripada terkena sinar matahari secara terus 9. Jangan gunakan air yang terlalu sejuk atau panas untuk mencuci wajah 10. Mandi secara teratur, dua kali sehari 11. Gunakan produk kosmetik yang mengandungi bahan daripada air 12. Gantikan sarung bantal dengan kerap 13. Kemaskan rambut agar tidak menutup wa...

Clearance Sale Hari Pekerja / Hari Buruh 2017

Salam semua.. Harini sis nak perkenalkn fb kami - fb: iuscarf , Jom add fb kami untuk dpt kn voucher discount utk membeli dgn kami. Hanya like, share ke 5 kwn anda.. Percuma voucher setinggi 40 % !! 👍🏻 Jom ws  0162451 645  utk more info 😍😍💕❤️ FREE VOUCHER disc membeli dgn IU Scarf sampai 4 May je tau.. Apa tunggu lg💃🏻💃🏻💃🏻JOM pm 😁 Btw selamat hari buruh / hari pekerja semuaaaaa .. Semoga di permudahkn segala urusan

Custam made your own Tie & Scarf

Image
Sekarang anda boleh custam made scarf or tie anda mengikut preference ada :). http://www.neckties.com.my/scarf/ Jom singgah.. sangat menarik & exciting.. Sesuai untuk dijadikan hadiah hari jadi or kepada bos

Berbisnes cara Fahrin Ahmad - Pelakon / Usahawan

Fahrin Ahmad adalah pelakon yang tidak pernah memenangi  anugerah pelakon terbaik , pelakon paling popular dan tiada satu filemnya pun yang meletup. Beliau adalah artis yang  fokus kepada reputasi , bukan populariti. Reputasi beliau menyebabkan dirinya mendapat tajaan daripada syarikat-syarikat besar seperti Celcom, Uniqlo, Garnier MEN, Shell dan yang terbaru ialah Ali Cafe. Ini adalah maklumat yang diperoleh daripada  Majalah Rezeki  bulan Jun 2012. Belajar Bisnes Cara Fahrin Ahmad Dalam perniagaan, pentingnya adaptasi. Adaptasi bermaksud kita menggunakan idea-idea daripada keadaan sekeliling, untuk dimuatkan dalam perniagaan kita. Cara ini menampakkan perniagaan kita sentiasa segar dan berinovasi. Daripada perkongsian temuramah yang dilakukan oleh tim Majalah Rezeki bersama Fahrin Ahmad, terdapat  7 tip perniagaan yang jelas  boleh digunakan oleh setiap usahawan. #1 – Beri Masa 3 Bulan “Beri saya masa tiga bulan.” Kata-kata ini diluahkan ...

Usahawan Sukses – Semakin Takut, Semakin Lingkup

“Saya minat untuk berniaga, tetapi saya takut kepada risiko.” Dialog ini biasa disebut-sebut oleh golongan bakal usahawan yang mempunyai minat untuk menceburi bidang perniagaan. Risiko adalah satu daripada tekanan yang dapat membuatkan bakal usahawan mengangkat bendera putih sebelum bermula. Menurut jurulatih kejayaan dan penulis buku  Secrets of Millionaire Mind , T. Harv Eker, “Setiap individu kaya dan berjaya mempunyai ketakutan. Namun apa yang membezakan diri mereka dengan orang lain adalah, mereka tidak membiarkan perasaan takut itu menguasai diri mereka.” Kenyataan ini ada kebenarannya. Setiap manusia dikurniakan dengan pelbagai jenis perasaan, termasuk perasaan takut untuk melakukan sesuatu. Namun begitu, terdapat teknik yang dapat mendorong kita untuk bertindak dan memusnahkan perasaan takut. 3 Resepi Ghaibkan Rasa Takut #1 – Tolak Rakan Negatif Ke Tepi Tip yang pertama adalah  berkawan dengan golongan usahawan . Rakan-rakan usahawan ini dapat membantu...

5 Sebab Facebook Syurga Para Usahawan

kebanyakan usahawan sudah sedia maklum, ketika ini Facebook adalah medium galian pelanggan terhangat di Internet. Medium ini tidak mengenal pengalaman peniaga. Ada yang baru sahaja menceburi bidang perniagaan dalam masa kurang 2 bulan, sudah berjaya menjual 4 angka dengan hanya menjual sabun. Topik kali ini menjurus kepada  sebab Facebook menjadi pilihan para usahawan.  Bukan sahaja untuk usahawan yang baru bertapak, malah bisnes bertaraf global seperti AirAsia, Starbucks, McDonald, Pizza Hut dan pelbagai lagi juga menaruh harapan menerusi laman sosial ini. Pertama, RM800 Juta Ringgit Dalam Tangan Ini adalah satu kiraan mudah. Jangan terlalu teruja. Mengikut data yang dibekalkan oleh Social Bakers, Facebook kini mempunyai jumlah anggaran pengguna sekitar 800 juta orang. Ini bermakna, jika kita boleh menjual produk berharga RM1 kepada semua 800 juta pengguna, untung kita adalah RM800 juta. Bunyinya seperti mustahil. Namun mesej yang ingin ditekankan di sini adalah po...

Pemasaran Forum, jom pikat hati pelanggan dlm 1 minit

Image
Sebelum kewujudan ruangan  pemasaran popular di Internet  seperti social media, terdapat satu medium yang cukup dikenali sebagai lubuk emas untuk para penjual dan usahawan Internet Malaysia. Ia juga cukup sinonim dengan gelaran ‘ibu’ dan peneraju dalam  medium pemasaran Internet . Iaitu ruangan komuniti yang dikenali sebagai forum. Di luar negara seperti Amerika Syarikat dan Australia, forum masih lagi menjadi tempat yang relevan untuk berbincang. Hampir setiap topik yang ada di muka bumi ini mempunyai ruangan komunitinya tersendiri. Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Antara forum yang masih bertahan lama dan mengekalkan identitinya adalah Lowyat, Cari Gold, Wang Cyber dan banyak lagi. Setiap satu daripada forum ini mempunyai golongan manusia yang berhimpun, untuk membincangkan topik yang berkaitan. Dari sudut penjual atau usahawan Internet, forum boleh digunakan sebagai tempat untuk  memancing lebih ramai pelanggan. Kesilapan Besar – Tidak Beri Salam ...